Teksi – Takaful Tidak Menginsuranskan

Teksi adalah antara kenderaan yang tidak diluluskan dalam insurans Takaful Ikhlas dan Commerce Takaful. Adalah tidak dapat dipastikan antara sebab-sebabnya. Mungkin teksi adalah kenderaan yang berisiko tinggi. Oleh itu ia dikecualikan dari insurans takaful. Selain itu dari pengalaman kami memperbaharui insurans untuk pelanggan kami, antara kenderaan lain yang dikecualikan oleh Takaful Ikhlas ialah Ford Ranger [...]

Jenis-Jenis Perlindungan Insurans Motor

Apakah Jenis-Jenis Perlindungan Insurans yang boleh didapati?
Pemilihan polisi insurans adalah serupa seperti memilih kenderaan. Ia diperlukan untuk keperluan individu dan gaya hidup kita tetapi yang paling penting ia memenuhi bajet kita. Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah perlu sekurang-kurangnya kita ada perlindungan bagi pihak ketiga, tetapi untuk jenis perlindungan lain adalah pilihan.
Pada Akta itu, polisi [...]

Manfaat Insurans Motor

Bagaimana boleh kita menerima perlindungan daripada insurans motor kita?

Untuk menerima perlindungan ini, kita sebagai pemegang-pemegang polisi, telah membayar premium kepada syarikat Insurans. Syarikat insurans akan mengumpulkan semua premium ke sebuah dana yang akan digunakan untuk dijadikan pampasan bagi setiap pemegang polisi yang mengalami kemalangan motor. Oleh itu, jika berlaku kemalangan, beban anda akan diringankan dengan [...]

Kenapa Kita Perlukan Insurans Motor

Anda baru sahaja membeli sebuah motosikal. Sebelum anda menggunakannya di jalanraya, di sisi undang-undang pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor.
Statistik kemalangan motor yang terkini mendedahkan bahawa lebih 215,000 buah kenderaan telah terlibat di dalam kemalangan. Pada 1997, telah meningkat sebanyak 14 peratus daripada tahun sebelumnya. Oleh itu maka tidak hairanlah memiliki insurans motor adalah [...]

Apa Yang Perlu Pemilik Kenderaan Tahu?

KENYATAAN PENTING : Kewajipan Anda sebagai Pemilik Kenderaan Sekiranya Berlaku Kemalangan

Laporkan kepada Pihak Polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.

Pihak Syarikat Insurans mestilah diberitahu secara bertulis dengan butiran terperinci secepat mungkin selepas kejadian yang mungkin menjadi subjek sesuatu tuntutan di bawah Polisi ini.

Pembaikan Kenderaan Anda tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Syarikat Insurans [...]