Posted on Mac 10, 2007 by insurankereta
Khas Untuk Pemandu Dan Penumpang
Insurans Kemalangan Persendirian
(Driver And Passengers Personal Accident Insurance)
Ini adalah polisi yang melindungi pemandu dan penumpang semasa memandu atau perjalanan dengan kenderaan sebagai penumpang, menaiki atau turun dari kenderaan yang dinamakan.
Satu polisi insurans yang direka khas untuk memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpang-penumpangnya termasuk pampasan ke atas kematian, kehilangan keupayaan kekal dan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan.
Ciri-ciri Unik
- Permohonan yang mudah
- Faedah dibayar sebagai tambahan kepada Polisi Kemalangan Diri yang lain
- Faedah dibayar tanpa mengambil kira kecuaian pemandu
- Faedah Kematian Kemalangan dan Kehilangan Keupayaan Kekal dilanjutkan untuk melindungi Pemegang Polisi 24 jam sehari tidak kira samada dia berada di dalam kenderaan yang dinamakan
- Untuk penumpang kereta, teksi, van, trak, pacuan 4 roda
- Perlindungan dari umur 3 hingga 70 tahun
- Premium yang mampu dibayar adalah dari RM50.00 setahun
Difailkan dalam: Tips | Leave a Comment »
Posted on Mac 9, 2007 by insurankereta

- Pastikan kualiti topi keledar diperakui oleh SIRIM
- Kemas, selesa dan kukuh buatannya. Topi keledar yang longgar adalah tidak selamat dan keadaanya sama seperti tidak memakai topi keledar
- Pilihan warna yang cerah
- Guna pita pemantul di belakang, kanan dan kiri topi keledar anda
- Tukar jika terdapat kerosakan
Difailkan dalam: Tips | Leave a Comment »
Posted on Mac 9, 2007 by insurankereta

Apa yang perlu anda lakukan sebelum menunggang motosikal ?
Difailkan dalam: Tips | Leave a Comment »
Posted on Mac 3, 2007 by insurankereta
PEMBAYARAN:
1) Tunai
2) Cek (atas nama: HADRAA RESOURCES)
3) ‘Bank in’ akaun: RHB Bank – Current 262296-0000-5064
4) Rhb.com.my (nama dan nombor akaun seperti di atas)
5) Maybank2u.com (atas nama: HAIDAR BIN TASLIN: 162067456794)
Difailkan dalam: Perbaharui Insurans | Leave a Comment »
Posted on Mac 3, 2007 by insurankereta

Tidak ramai yang tahu, topi keledar yang kita gunakan diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon. Pada bahagian luarnya diperbuat daripada polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran. Di sebelah dalamnya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran. Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda?
Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda – sekiranya anda menggunakannya dengan betul iaitu dengan mengikat topi keledar dengan rapi semasa memakainya. Ingatlah, sekiranya anda tidak mengikatnya dengan ketat, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.
Jadi, sentiasa gunakanlah topi keledar anda semasa menunggang motosikal walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim.
Pastikan topi keledar anda dipasang dengan cermat, betul dan diikat ketat.
Difailkan dalam: Tips | Leave a Comment »
Posted on Mac 2, 2007 by insurankereta
Anda hanya perlu smskan maklumat di bawah
- No Pendaftaran Kenderaan
- Nama Pemilik
- Buatan & Model Kenderaan
- Tahun Dan Kapasiti Enjin (cc)
- Nama Syarikat Insurans Lama
SMSkan ke
019-2119641 (hanya kegunaan sms sahaja)
Difailkan dalam: Perbaharui Insurans | Leave a Comment »
Posted on Mac 2, 2007 by insurankereta
Apa Yang Anda Perlu Buat.. hanya…..
Faks ke 03-33923346:
Polisi Insurans Terdahulu atau ‘Covernote’ atau Surat Pembaharuan(Renewal Letter)
-
Geran Kenderaan (Jika tiada dokumen di atas)
-
Jangan lupa nyatakan no tel atau email untuk dihubungi.
Selepas kami proses, kami fakskan covernote tersebut dan automatik cukai jalan boleh dibuat dimana-mana pejabat pos atau JPJ.
Difailkan dalam: Perbaharui Insurans | Leave a Comment »
Posted on Mac 2, 2007 by insurankereta
Dah tamat tempoh??…
Dapatkan perkhidmatan profesional, Islamik dan menguntungkan dari kami..
Kelebihan TAKAFUL IKHLAS
-
Skim Insurans berasaskan Syariah (TAKAFUL)
-
NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu
-
Pulangan MUDHARABAH (keuntungan) dari sumbangan (premium)
-
Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan atau mengikut harga pasaran kereta
-
Tidak perlu mengisi borang
Perkhidmatan Yang Disediakan
-
Pembaharuan Insurans Kereta Online (e-Insurans) seluruh negara.
-
Pembaharuan cukai jalan (kawasan sekitar Klang,Shah Alam dan PJ)
-
Penyemakan saman JPJ & PDRM
Difailkan dalam: Perbaharui Insurans | Leave a Comment »
Posted on Februari 28, 2007 by insurankereta
No 1, Kedai MPK, Persiaran Hamzah Alang,
Meru, 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
03-3392 3346 (Ofis/Fax)
019-239 1141 (H/P)
Difailkan dalam: Mengenai Kami | Leave a Comment »
Posted on Februari 27, 2007 by insurankereta
Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.
Kedua, “manfaat” dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.
(sumber dari Takaful Ikhlas)
Difailkan dalam: Takaful | Tagged: Takaful | Leave a Comment »